Monday, March 2, 2009

SIBUK

Haihh..dah lama sangat aku tak post entry. Kan aku dah cakap..aku tak kan konsisten buat benda ni. Sejak kebelakangan ni aku sangat sibuk. Lap top ni pun aku tak sentuh. Jadual aku dah penuh dengan aktiviti. Hari ni pun aku sibuk sebenarnya. Tapi aku sempat online sebab aku ponteng perhimpunan pagi..haha Bukan sengaja, terlewat bangun..hehe Macam mana ntah tak bangun. Dah alang-alang lewat, baik tak payah pergi terus kan..Wah, jahatnya aku ni..Tak pe, nanti tak buat dah. Janji.

Monday, February 23, 2009

AKU DAN PANTUN

Seawal pagi lagi pelajar-pelajar di institut aku telah disajikan dengan pertandingan akhir berbalas pantun. Pertandingan ini adalah salah satu pertandingan dalam Minggu Bahasa Melayu tahun 2009. Apabila melihat pemantun-pemantun beraksi di pentas, aku teringat satu kisah silam antara aku dan pantun. Huh, sungguh tragis..hehe

Pada masa aku sekolah dulu, aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan pantun peringkat daerah. Ha, macam mana ntah aku boleh terpilih. Sangat terkejut. Aku ni mana la pandai nak beraksi depan orang ramai. Lagi-lagi bila nak berpantun. Adoyaii...Nak tak nak aku pun sahut cabaran tu. Bukan apa, masa tu pengetua bagi pengecualian kelas untuk latihan. Jadi apa lagi, aku pun setuju la sebab malas masuk kelas..haha Masa tu aku tingkatan empat>> honeymoon year^^

Persiapan dilakukan di saat akhir. Biasa la tu, dapat maklumat lambat. Jadi, kami semua bekerja keras la. Sampai hari perhitungan kami semua bersemangat. Dengan uniform sekolah yang lengkap kami pun naik kereta mercedes (kereta cikgu aku) menuju ke tempat pertandingan pantun. Uih..sangat bersemangat ni..

Apabila sampai je tempat yang dituju, aku jadi terkesima. Ingatkan salah tempat. Rasa macam ada kat kenduri kawin kerabat diraja je. Semua orang segak berbaju melayu dengan tanjak dikepala dan keris tersemat dipinggang siap dengan sampin yang bersongket lagi.Si perempuan nya sungguh ayu berbaju kurung yang diperbuat dengan songket dan tidak kurang juga yang memakai baju kebaya, dan pelbagai lagi pakaian tradisional. Semuanya bersinar-sinar dan bercorak-corak yang sangat kontra dengan baju sekolah kami ni yang dah la tak ada corak, warna putih plain plak tu. Haha...rasa macam buat lawatan ke muzium pakaian tradisional pulak..Psyco betul..

Semangat kami dah mula tergugat. Tapi tak apa. Baju tak kisah. Baju kami ok apa. Baju sekolah tu. Sayang sekolah! hee...Pertandingan peringkat saringan bermula. Kami bertemu dengan sekolah yang bukan calang-calang juga kehebatannya. Dengan muka selamba kami buat dek je dengan kehebatan mereka. Si lelaki yang lengkap berbaju melayu mulakan pantun mereka. Walaupun kami semua perempuan, kami tak takut pun dengan keris kat pinggang awak tu..haha Dan kami pun menang. Yahoo..

Perjuangan diteruskan sehingga kami dapat masuk ke peringkat suku akhir. Huh, dah sampai saat-saat genting. Kami semua dah mulai letih. Tak tahan dengan gaya dan aksi pemantun-pemantun yang penuh dengan kesopanan dan ketatasusilanya. Bukan kami ni tak sopan, tapi kami agak keras. Tak pandai buat aksi dan lenggok suara yang lemah gemalai. Kamu semua mesti tau cara berpantun yang baik kan? hehe..cuba buat, nak tengok! Walau apa pun kami cuba sehabis baik. Dan kami kecundang.

Pengalaman ini sangat bermakna dalam hidup aku. Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku ini ada bakat untuk berpantun.hehe..tak percaya?^^ Yang paling penting aku belajar supaya pilih pakaian yang sesuai jika meghadiri majlis-majlis tertentu. Aku memang ingat perkara ni sampai bila-bila. Fobia weh..

Pantun adalah khazanah Melayu yang sungguh istimewa dan unik. Pantun ini mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa melayu. Kamu melayu? Kamu mesti tahu berpantun!

Aku nak berpantun sikit. Dengar ya..

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

Sunday, February 22, 2009

HARI KEDUA

Ya, hari ini hari kedua aku tulis blog. Memang sangat menarik dan aku dah mula ketagih. Sejak bangun tidur lagi aku dah menghadap lap top kesayangan aku ni untuk edit blog. Macam-macam aku buat. Internet pulak bukan main laju. Lagi syok la aku.haha

Bila dah syok main internet sedar tak sedar dah nak masuk Zohor pun. Alamak! satu apa pun aku tak buat lagi ni. Makan tak, baju pun tak basuh lagi, bilik pulak dah macam apa ntah. Adussssss....melalaikan betul menda alah ni.

Dah! Setakat ni je untuk hari ini.

BERMULANYA ANGAN-ANGAN


Tanggal 21 Februari 2009 aku memulakan langkah untuk menulis blog. Bukan sebab apa pun, hari ini aku sangat bosan. Bosan itu boring. Tak tahu nak buat apa pun walaupun assignment tersangatlah banyak. Ah, hari ini hari Sabtu. Masa untuk rehat. Jadi tinggalkan dulu assignment itu. Hari ini hari aku. Ya, hari untuk hidup aku. haha

Idea bermula apabila aku membaca blog rakan-rakanku yang amat menarik dan kreatif. Kebanyakkan mereka menggunakan blog sebagai salah satu medium meluahkan perasaan dan menceritakan kehidupan mereka. Aku amat tertarik. Jadi aku pun mula la buat blog ni. Kononnya nak meluahkan perasaan kat sini. Perasaan sedih, gembira, tension dan semua lah. Tapi aku ni mana pandai nak tulis kan. Apatah lagi nak luahkan perasaan. Aku lebih suka simpan je. Tapi aku nak buat juga blog ni. Tak kira. Ini blog aku. Aku punya suka la. hehe

Harapan aku agar aku sentiasa konsisten untuk update blog. Blog ini bukan ilmiah. Ia adalah berkaitan hidup aku semata-mata. Hidup aku sebagai seorang pelajar. Pelajar di institut pengajian tinggi. A student life. Hidup yang penuh angan-angan. Angan-angan untuk kejar impian. DARE TO DREAM!